SEORANG wanita berusia 74 tahun di Kratie, Kemboja, percaya anak lembu yang dijaganya sekarang adalah suaminya yang dilahirkan semula selepas meninggal dunia setahun lalu. Khim Hang berkata, anak lembu yang dilahirkan Mac lalu, berkelakuan seperti suaminya, Tol Khut, yang meninggal dunia lebih setahun lalu.
“Saya percaya anak lembu ini adalah suami saya kerana apa saya dibuatnya sama seperti dilakukan suami ketika dia masih hidup,” katanya.
Kisah itu yang sensasi di media sosial Kemboja menyebabkan ratusan orang datang untuk melihat anak lembu berkenaan.
Anak lembu itu memanjat tangga naik ke atas rumah, diberi makan, dimandikan dan tidur di atas tilam yang sebelum ini digunakan suami wanita berkenaan. “Saya akan menjaganya sepanjang hidup saya,” kata Khim Hang.
Sebanyak 95 peratus penduduk Kemboja adalah penganut Buddha dan ramai percaya seseorang yang mati akan dilahirkan semula. Seorang pengunjung, Thach Vin, 32, berkata dia berasa pelik menonton video anak lembu itu menaiki tangga masuk ke dalam rumah yang disiarkan di Facebook. “Jadi saya datang untuk melihat sendiri,” katanya.
0 comments:
Post a Comment