My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 13 July 2017

    Jika Undang-Undang ROS Tidak Dihormati, Bayangkan Jika DAP Memerintah Negara



    Kemelut antara DAP dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) semakin hari semakin menarik untuk disaksikan. Manakan tidak, sejak beberapa hari ini, DAP dilihat cukup kerap mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mencabar intergriti dan kesabaran ROS dalam menangani isu berkenaan.

    Semuanya bermula apabila DAP menerusi Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng, mengambil keputusan untuk enggan mengadakan pemilihan semula barisan kepimpinan parti berkenaan seperti yang diarahkan oleh ROS. Sejak itu, beberapa pemimpin DAP seperti Anthony Loke dan yang terbaru, Jagdeep Singh Deo mengeluarkan kenyataan yang cuba memprovokasikan ROS.

    Melihat akan cara DAP menerusi beberapa orang pemimpinnya ini yang dilihat seperti langsung tidak menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang sudah termaktub di dalam ROS, timbul persoalan, bagaimana agaknya keadaan negara sekiranya DAP bersama-sama PKR, PAN dan PPBM berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 kelak?

    Sehingga hari ini, keinginan DAP untuk membentuk Malaysia kearah sebuah negara Republik, bukan lagi rahsia. Walaupun kerap kali dinafikan oleh parti itu termasuk para pengikutnya, namun hakikat yang tidak boleh disembunyikan oleh parti berkenaan adalah, acuan yang diterapkan oleh parti induk DAP, PAP di Singapura jelas menjadi teras kepada perjuangan parti berkenaan.

    Hari ini, dikalangan pembangkang, DAP merupakan parti yang memperolehi kerusi paling banyak. Justeru, hampir kesemua ketetapan yang diambil oleh Pakatan Harapan, kebanyakannya adalah hasil daripada arahan mahupun ketetapan yang telah dibuat oleh DAP. Tidak hairanlah hari ini kita melihat, DAP dan Pakatan Harapan kerap kali mencabar kedaulatan undang-undang negara menerusi beberapa tindakan mereka.

    Sebagai contoh, lihat sahaja bagaimana DAP dan Pakatan Harapan memperlekehkan Akta Perhimpunan Aman 2012 dengan mengadakan siri himpunan BERSIH walhal tiada sebarang kebenaran diberikan oleh pihak berkuasa. Itu belum lagi keberanian mereka mencabar hak kuasa Raja-Raja Melayu berhubung isu membabitkan agama Islam.

    Tidak ketinggalan juga bagaimana DAP dan Pakatan Harapan sudah berani secara terang-terangan mempertikaikan hak ketuanan Melayu yang selama ini langsung tidak pernah dicabar oleh mana-mana pihak sebelum ini. Ini adalah sedikit bukti bagaimana DAP dan Pakatan Harapan tidak akan akur kepada kedaulatan undang-undang sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan kelak.

    Keinginan kuasa DAP memang tiada hadnya. Sejak dari awal penubuhan, apa yang dimahukan oleh parti ini adalah membentuk Malaysia persis Singapura di mana hak penguasaan negara terletak ditangan Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng. Sudah terlalu banyak bukti telah ditunjukkan sendiri oleh DAP namun amat malang sekali, masih ada yang tidak mempercayainya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jika Undang-Undang ROS Tidak Dihormati, Bayangkan Jika DAP Memerintah Negara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top