My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 20 July 2017

    Kehadiran Mahathir Memudahkan Kerja DAP




    Seperti yang kerap kali di beritahu, antara halangan utama DAP untuk meraih kemenangan besar dalam mana-mana pilihan raya adalah faktor pengundi Melayu yang masih kekal setia dengan UMNO dan Barisan Nasional. Pelbagai formula telah dicuba oleh DAP sehinggalah formula mereka mula menampakkan kejayaan semasa Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

    Memasuki penghujung penggal kali ini, DAP seolah-olah mendapat satu momentum baru dalam mencari satu formula sesuai untuk meraih keuntungan. Semuanya bermula apabila Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir bersama-sama bekas-bekas pemimpin UMNO yang setia dengannya, secara sah telah diiktiraf sebagai salah sebuah parti utama di dalam Pakatan Harapan.

    Bermula dari detik inilah, DAP melihat pengaruh yang masih bersisa di dalam diri Mahathir sebagai satu peluang untuk mereka memecah belahkan kaum Melayu. DAP sedar, masih ramai di luar yang masih mengagumi Mahathir sehinggakan, ada diantara mereka adalah ahli UMNO yang menyertai perjuangan Mahathir.

    Tambahan pula, Mahathir baru sahaja diangkat sebagai Pengerusi Pakatan Harapan yang dilihat ramai hanyalah sekadar proksi DAP di dalam carta kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan. Malah, Mahathir sendiri mengakui bahawa dirinya adalah "top dog" di dalam pakatan pembangkang ini.

    Melihat kepada situasi terkini, mudah untuk disimpulkan bahawa tugas DAP sebenarnya semakin mudah setelah mendapat bantuan awal dari Mahathir. Manakan tidak, sudah pasti, Mahathir diberikan tugas khas untuk menarik seberapa ramai kaum Melayu menyokong Pakatan Harapan dan sekaligus memusnahkan kesepakatan kaum Melayu di negara ini.

    Manakala DAP pula kini sudah boleh memberi tumpuan penuh kepada pengundi Cina dan sekaligus menolak sebarang peluang yang ada pada MCA dan Gerakan. Pastinya, ia satu berita gembira buat Lim Kit Siang yang sehingga hari ini masih belum pernah puas meletakkan seorang pemimpin Melayu untuk memporak perandakan kekuatan kaum Melayu di negara ini.

    Kit Siang dan DAP sedar, hanya dengan keadaan porak peranda kaum Melayu sahajalah yang boleh membawa mereka menumbangkan Barisan Nasional dan UMNO. Namun begitu, persoalannya, mampukah Mahathir merealisasikan impian DAP dan Lim Kit Siang ini?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kehadiran Mahathir Memudahkan Kerja DAP Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top