My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 12 July 2017

    MRT Fasa 2 Pelengkap Perhubungan Awam Lembah Klang



    Pastinya ramai yang akan ternanti-nanti tarikh 17 Julai ini di mana secara rasminya, projek MRT Fasa dua akan beroperasi sepenuhnya dan ianya akan dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai tanda bermulanya satu lagi era pengangkutan rel di negara ini.

    Projek MRT fasa 2 ini sebenarnya adalah pelengkap kepada projek MRT 1 yang menghubungkan Sungai Buloh ke Semantan yang telah dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd Najib pada 15 Disember tahun lalu.

    Jika MRT fasa 1 yang menghubungkan Sungai Buloh ke Semantan dengan melalui pusat bandar Kuala Lumpur yang mempunyai  12 stesen, bagi MRT fasa 2 pula, fasa kedua laluan Sungai Buloh - Kajang sejauh 30 kilometer ini mempunyai 19 stesen termasuk tujuh stesen bawah tanah. Majoriti stesen dibina di kawasan strategik yang tidak ada perkhidmatan rel bandar.

    Daripada jumlah stesen itu, 14 stesen terletak di kawasan strategik dan berpopulasi tinggi bagi memudahkan orang awam berulang-alik ke pusat bandar. Ini menjadikan jarak keseluruhan antara projek MRT fasa 1 dan fasa dua ini adalah sejauh 51 kilometer yang mempunyai 31 buah stesen secara keseluruhan.

    Secara amnya, apabila kedua-dua projek ini beroperasi sepenuhnya kelak, ia akan mampu menjadikan pengangkutan rel negara berada pada fasa yang cukup membanggakan disamping mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak di sekitar pusat bandar.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MRT Fasa 2 Pelengkap Perhubungan Awam Lembah Klang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top