My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 12 July 2017

    Kes Lapan Warga Filipina Yang Ditangkap Tiada Kaitan Pengganas



    Polis mengesahkan lapan warga Filipina yang ditangkap di perairan Sandakan pada Sabtu tiada kaitan dengan pengganas. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, kesemua tangkapan hanyalah orang biasa yang mencari tempat tinggal lebih baik. 

    Katanya, pemeriksaan dan saringan ke atas semua individu terbabit turut dijalankan. Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua warga Filipina itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas.

    “Kita sentiasa berjaga-jaga terutama di kawasan pantai timur, lebih-lebih lagi dengan situasi yang masih belum tenteram di Marawi Filipina. Tindakan proaktif melibatkan semua elemen keselamatan sentiasa diperkemaskan termasuk rondaan polis marin di kawasan pesisir Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone),” katanya pada sidang media Isnin.

    Beliau baharu sahaja kembali dari mengadakan lawatan ke Pulau Sebatik Tawau bagi melihat sendiri keadaan keselamatan di kawasan itu. Seramai lapan warga Filipina berumur lingkungan 23 hingga 62 tahun ditahan selepas anggota polis marin mendapati dua bot mencurigakan kira-kira jam 5.30 pagi di kawasan perairan Sandakan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kes Lapan Warga Filipina Yang Ditangkap Tiada Kaitan Pengganas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top