• PANAS

    Tuesday, 18 July 2017

    Rabies Ragut Nyawa Keempat



    Sarawak mencatatkan kes kematian keempat akibat virus rabies atau penyakit anjing gila dengan mangsa terbaharu melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini semalam. 

    Kanak-kanak malang itu, Florancesia Edward, 5, dari Kampung Ampungan, Serian disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), HUS pada pukul 2.05 petang.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kes terbaharu itu menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan virus rabies di Sarawak bertambah kepada empat orang.

    “Mangsa disahkan meninggal dunia akibat rabies. Mayat kanak-kanak tersebut dibawa ke Kampung Ampu­ngan untuk urusan pengebumian,” kata JPBNS dalam satu kenya­taan di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rabies Ragut Nyawa Keempat Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top