My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 23 July 2017

    Sengsara Dollah



    Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertahankan keputusan badan induk itu menggantung jurulatih Pahang Dollah Salleh. 

    Bekas pengendali skuad kebangsaan itu digantung 18 bulan dan didenda RM30,000 berkuat kuasa semalam apabila didapati mengkritik mutu pengadilan di media, selepas perlawanan antara Pahang dan FELDA United, 1 Julai lalu.

    Tunku Ismail berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapati Dollah membuat tuduhan terus kepada FAM menerusi kenyataan yang membayangkan pihak atasan badan induk itu mengatur perlawanan.

    “Beliau (Dollah) buat tuduhan seolah-olah pihak atasan atau saya mengatur perlawanan. Saya nak beritahu, jika betul tuduhan itu, sudah tentu Johor DT (Johor Darul Ta’zim) sudah memenangi Piala FA atau Sumbangsih.

    “Jadi, dari mana datang idea yang kami mengatur perlawanan. “Apa yang saya nak beritahu adalah tiada sesiapa yang lebih tinggi daripada undang-undang, malah saya dan Tan Sri Annuar Musa juga pernah digantung,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Kali ke-2 Bagi Penggal 2017-2021 di sini, semalam.

    Hadir sama, Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal. Mengulas lanjut, Tunku Ismail berkata, tindakan FAM itu bukan perkara aneh malah turut diamalkan persatuan bola sepak di negara lain.

    “Bila saya tengok dan kaji contohnya FA (Persatuan Bolasepak) di England, mereka mempunyai struktur sama. Kita boleh komen prestasi pengadil tapi ada sesetengah benda tidak boleh disentuh,” katanya.

    Bagaimanapun, menurutnya, Dollah masih boleh membuat rayuan dalam tempoh 10 hari supaya hukuman dapat diringankan. Ditanya tahap pengadilan di Malaysia, Tunku Ismail berkata beliau masih belum berpuas hati dan sedar banyak yang perlu diperbaiki. “Kita akan lihat ruang mana yang boleh diperbaiki,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sengsara Dollah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top