Sepasang suami isteri ditahan polis selepas disyaki menjual senjata api buatan sendiri secara haram di Flat Bandaria Park, Jalan Bintulu di sini petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zailanni Amit berkata, mereka ditahan pukul 6.30 petang itu selepas polis menerima maklumat orang awam yang curiga dengan tindak-tanduk pasangan itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
“Hasil pemeriksaan di dalam bilik rumah itu, polis menemui selaras senapang patah dan sebilah pisau 12 inci yang disembunyikan di bawah tilam. Bagaimanapun, selaras senapang patah lagi sudah dijual kepada seorang pembeli di sini baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi semalam.
0 comments:
Post a Comment