My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 17 July 2017

    26 Kes Gigitan Anjing Baharu Dalam Tempoh 2-16 Julai




    Sebanyak 26 kes gigitan anjing baharu dikesan dalam tempoh 2 hingga 16 Julai, di mana 19 kes daripada jumlah itu adalah yang berlaku semalam. Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan semalam, jumlah itu menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing sejak 1 April hingga semalam adalah 332. 

    “Seramai 235 orang telah datang menerima vaksin. Mohon mereka yang telah digigit anjing dalam kawasan terlibat, tampil dengan segera bagi mendapatkan pemeriksaan dan vaksin,” katanya.

    Buat masa ini, vaksin hanya diberikan kepada kes gigitan anjing dan kucing di kawasan wabak yang memenuhi kriteria klinikal dan orang ramai turut diseru untuk tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran serta bermain dengan haiwan kesayangan tersebut meskipun telah divaksin.

    Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) telah memvaksinkan 5,850 ekor haiwan peliharaan terdiri daripada 1,626 anjing, 4,199 kucing dan 25 haiwan lain. Kelmarin, sebanyak 516 anjing dan 1,019 kucing daripada 263 pemilik haiwan diberi vaksin di kawasan bandar Serian dan aktiviti itu diteruskan semalam dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut meluangkan masa petang semalam untuk melihat proses operasi pemvaksinan di Dewan Masyarakat Serian, petang semalam. Sebanyak 68 kempen kesedaran mengenai wabak rabies telah diadakan JPVS di kawasan terlibat dan telah dihadiri 4,862 penduduk kampung dan pelajar sekolah.

    JPVS akan meneruskan aktiviti penyiasatan kes-kes yang dilapor berkaitan wabak rabies di sekitar bahagian Serian. JPVS memohon kerjasama daripada semua pihak yang mana haiwan mereka telah divaksinasi untuk mengurung dan memerhati tingkah laku haiwan masing-masing.

    Sekiranya terdapat perubahan sikap daripada jinak kepada ganas, menggigit sebarang benda yang bergerak, takut air dan cahaya, menyendiri, air liur berlebihan, gelisah dan agresif sila buat laporan ke Bilik Gerakan JPVS di talian 082-621949 / 611607.

    JPBN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat seperti JPVS, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah, Kementerian Kerajaan Tempatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Pejabat Residen dan Daerah, PDRM, ATM dalam menjayakan operasi pemvaksinan dan kempen kesedaran untuk menangani wabak rabies.

    Turut terlibat adalah Majlis Daerah Serian, Majlis Daerah Tebedu, Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya Kuching Selatan, ketua-ketua kaum, Persatuan Veterinar Sarawak, Persatuan Mencegah Penganiayaan Terhadap Haiwan (SSPCA) serta agensi kerajaan negeri dan persekutuan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 26 Kes Gigitan Anjing Baharu Dalam Tempoh 2-16 Julai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top