My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 18 July 2017

    Spa 'Geli-Geli Terima Kejutan Tidak Disangka



    Permintaan tinggi daripada lelaki hidung belang menyebabkan sindiket pelacuran warga asing masih tidak serik untuk meneruskan perniagaan mereka meskipun Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan operasi saban hari. 

    Kelmarin, bermula jam 6.30 petang hingga 2.30 pagi, seramai 17 wanita warga asing ditahan di sebuah spa yang menawarkan perkhidmatan seks dan pusat hiburan.

    Ketika serbuan diketuai Timbalan Penolong Pengarah JIM Putrajaya Mohd Yuzaiman Ahmad kira-kira jam 1.40 pagi di spa yang berselindung di sebalik pusat kesihatan eksekutif di Jalan Tiong Nam, ada pelacur warga asing dari Indonesia dan Vietnam yang kononnya tukang urut kesihatan bertauliah sedang menanti pelanggan manakala beberapa lagi leka memberi urutan batin kepada pelanggan.

    Seorang wanita Vietnam yang dikesan mengurut pelanggan dalam keadaan bogel terkejut sebaik menerima kunjungan ‘pelanggan’ baru iaitu pegawai JIM. Setiap wanita yang memberikan perkhidmatan seks selepas mengurut pelanggan menawarkan perkhidmatan mereka dengan bayaran RM130 hingga RM180.

    Sementara itu, ketika serbuan dijalankan pusat hiburan di Jalan Tuanku Abdul Rahman pula, tiga wanita Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan leka melayan lelaki yang minum minuman keras.

    Semua wanita itu ditahan mengikut Perkara 39(b) Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963, manakala penjaga premis pula ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) akta sama. Mereka antara 66 warga asing yang ditahan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam Op Mega JIM.

    Semua yang ditahan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Semenyih, manakala rakyat tempatan yang ditahan atas kesalahan menggajikan pekerja asing pula diserahkan kepada Unit Siasatan JIM Putrajaya untuk siasatan lanjut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Spa 'Geli-Geli Terima Kejutan Tidak Disangka Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top