My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 26 July 2017

    China Buka Pawagam Di Laut China Selatan



    China membuka pawagam di sebuah pulau tuntutan bertindih di Laut China Selatan dalam usaha berterusan Beijing untuk membina infrastruktur awam dan mengukuhkan kedaulatannya, lapor agensi berita Xinhua. 

    Menurut Xinhua pada Ahad lalu, panggung wa­yang dilengkapi peralatan paling canggih itu dibuka di Pulau Woody, dalam Kepulauan Paracel yang turut dituntut oleh Vietnam dan Taiwan.

    “Pembukaan pawagam ini merupakan sebahagian daripada rancangan pihak berkuasa kebudayaan tempatan untuk mewujudkan perkhidmatan masyarakat di pulau-pulau di bawah pentadbiran Sansha,” kata Xinhua.

    Pulau Woody menempatkan bandar Sansha yang menjadi pusat pentadbiran China di Laut China Selatan. China menguasai kepulauan Paracel dalam tahun 1974 selepas bertempur de­ngan Vietnam. Walaupun China meng­gelarnya sebagai bandar, penduduk tetap di Sansha hanyalah beberapa ribu orang, manakala banyak pulau kecil dan terumbu di sekitarnya tidak berpenghuni.

    China menuntut 90 peratus daripada keseluruhan Laut China Selatan dengan Brunei, Malaysia, Filipina, Vietnam dan Taiwan turut membuat tuntutan bertindih di perairan itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: China Buka Pawagam Di Laut China Selatan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top