My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 18 July 2017

    Misi Tempang Skuad B-22 Negara



    SKUAD bawah 22 tahun negara bertandang ke Bangkok, Thailand dalam keadaan serba kekurangan. Namun, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk berjuang, malah bertekad untuk memberi saingan kepada lawan mereka dalam Kumpulan H kempen kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 yang akan membuka tirainya di Stadium Nasional, Bangkok esok hingga 23 Julai. 

    Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu sedar bahawa persiapan mereka bagi menghadapi kempen kelayakan ini tidak berjalan lancar kerana gagal menghimpunkan beberapa watak penting dalam pasukan gara-gara tidak mendapat pelepasan daripada kelab masing-masing.

    Begitupun, ia tidak melemahkan semangat mereka malah bercita-cita tinggi untuk melakar kejutan pada pusingan kelayakan ini dalam misi memburu tempat secara automatik ke China tahun depan. Lawan mereka pada peringkat Kumpulan H memang hebat-hebat terutama tuan rumah, Thailand, dan Indonesia.

    Beliau mengakui dua pasukan berkenaan bukan lawan yang mudah untuk ditewaskan, namun tetap meletakkan harapan bahawa skuad kendaliannya mampu melakar kejutan pada saingan kali ini. 

    “Kami perlu menang dan pada masa sama, saya tidak boleh nafikan bahawa Thailand merupakan pasukan yang kuat, namun dalam peringkat ini, saya pasti saingan pasti sengit,” kata Kim Swee ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor sebelum berlepas ke Bangkok semalam.

    Malaysia akan memulakan saingan Kumpulan H menentang Indonesia esok, diikuti Thailand pada 21 Julai dan Mongolia (23 Julai). Dalam pada itu, Kim Swee tetap yakin skuad kendaliannya mampu mempamerkan aksi terbaik dalam saingan kali ini walaupun tanpa enam tonggak utama yang gagal mendapat pelepasan daripada pasukan negeri masing-masing.

    Enam tonggak berkenaan ialah Matthew Davies, Mohd. Nor Azam Azih (Pahang); S. Kumaahran, Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) dan Haziq Nadzli, Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim).
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Misi Tempang Skuad B-22 Negara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top