My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 17 July 2017

    Rendisi Ketiga Trilogi Klasik




    Filem rendisi ketiga Planet of the Apes ini boleh dipanggil trilogi klasik kerana mampu menjadi malar segar untuk abad ke-21 ini. Sebelum ini penonton tidak meletak harapan tinggi pada rendisi 2011, terutama selepas 10 tahun judul itu berada di tangan Tim Burton.

    Namun rendisi 2011 itu berjaya menghiburkan penonton dan menerbitkan perasaan unik pada satu karakter yang ikonik iaitu watak Caesar. Watak itu sama ikoniknya dengan watak Hugh Jackman sebagai Wolverine. Kedua-dua watak ada persamaan sendiri terutama pembabitan mereka dalam peperangan menentang manusia antagonis.

    Caesar yang sama inilah penonton lihat daripada seekor haiwan yang dilahirkan suci, dilayan kejam dan akhirnya menjadi pahlawan memperjuangkan nasib bangsa monyetnya. Lakonan dan aksi Andy Serkis sebagai Caesar selayaknya dinobatkan terbaik untuk Oscar. Jujurnya Serkis memberi segala-galanya untuk watak itu.

    Penonton pasti kagum dengan aksi Caesar pada pertarungan terakhir ini, apatah lagi dia bersama adik-beradiknya yang sama-sama berjuang pada siri pertama lalu turut muncul. Babak itu seolah-olah menonton filem hebat peperangan sebelum ini seperti Saving Private Ryan atau Band of Brothers. 

    Kehadiran watak Steve Zahn lebih kepada ‘comic relief’ pada babak tegang dan situasi itu sangat berguna. Watak antagonis dipegang Woody Harrelson adalah watak gila yang bijak dan boleh disamakan dengan semua karakter antagonis dalam sejarah perfileman dunia.

    Pujian terbaik patut diberikan kepada pengarah dan penulis lakon layar kerana berjaya mencipta momen yang benar-benar ikonik dalam judul itu. Selain itu, skor muzik juga memberi mengagumkan penonton. Segala-galanya nampak gah melalui skor yang dicipta khas untuk filem ini.

    Rumusannya, Planet of the Apes setanding filem klasik hebat seperti Star Wars, Lord of the Rings dan trilogi Batman bawah sentuhan Christopher Nolan.

    INFO FILEM: War For The Planet Of The Apes
    ARAHAN: Matt Reeves
    PELAKON: Andy Serkis, Woody Harrelson, Steve Zahn, Gabriel Chavarria, Judy Greer
    GENRE: Aksi drama
    TAYANGAN: 13 Julai 2017
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rendisi Ketiga Trilogi Klasik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top