My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 20 July 2017

    Rumusan Peranti Pandu Berhemah



    U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) menjalinkan kerjasama dengan Atilze Sdn Bhd untuk menawarkan sambungan bagi rangkaian 3G dan 4G LTE untuk peranti rumusan kenderaan terhubung yang dikendalikan Atilze. Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile Wong Heang Tuck berkata, kerjasama yang dijalin itu selari dengan matlamat U Mobile dalam memberikan kemudahan kepada pengguna. 

    “Melalui perjanjian kerjasama ini, kami akan memberikan perkhidmatan rangkaian 3G dan 4G LTE untuk pelanggan yang menggunakan sistem keselamatan kenderaan kendalian Atilze,” katanya. 

    Menurutnya, U Mobile akan memperkenalkan pakej yang dilengkapi kemudahan ini khusus untuk pelanggan enterpris. “Bagi pelanggan enterpris, kami menawarkan pakej dengan pilihan peranti ini digunakan pada kenderaan mereka, selain beberapa rumusan kenderaan pintar yang boleh digunakan pada masa depan.

    “Ia memberi pilihan lebih baik kepada pelanggan dalam meningkatkan keselamatan mereka di jalan raya," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara U Mobile dan Atilze, di sini, semalam.

    Rumusan yang diperkenalkan Atilze memerlukan sambungan Internet kerana peranti itu menggunakan aplikasi berasaskan data seperti diagnostik masa sebenar, analisis corak pemanduan, selain WiFi dalam kenderaan. Ketua Pegawai Eksekutif Atilze Gerard Lim berkata, rumusan berkenaan dijangka mampu mengurangkan kadar kemalangan sehingga 80 peratus.

    “Mengikut kajian, rumusan seumpama ini mampu mengurangkan kadar kemalangan berikutan pemandu sentiasa diingatkan dengan keadaan sekeliling. Ia secara tidak langsung membantu mereka peka ketika memandu dan turut menjamin keselamatan pengguna jalan raya lain," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rumusan Peranti Pandu Berhemah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top