My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 25 July 2017

    IMF Semak Semula



    Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi Malaysia mampu untuk berkembang sekitar 4.8 peratus pada 2017 berbanding sasaran awal sebelum ini sebanyak 4.5 peratus. 

    Kaunselor Ekonomi dan Pengarah Jabatan Penyelidikan IMF Dr Maurice Obstfeld berkata, pihaknya menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia itu bersandarkan kepada perangkaan dan data ekonomi negara yang memberangsangkan bagi tempoh setakat ini.

    Beliau berkata, kestabilan dasar monetari negara turut menyumbang kepada peningkatan unjuran itu, memberikan gambaran positif mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia. “Kebolehupayaan serta kecekapan dalam sistem dan dasar monetari negara ini menjadikan IMF terus optimis Malaysia akan terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih baik pada 2017,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan perkembangan terkini tinjauan ekonomi dunia di sini, semalam.

    Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Penyelidikan IMF Dr Gian Maria Milesi-Ferretto. Menurut Laporan Prestasi Suku Pertama 2017 pada Mei lalu oleh Bank Negara Malaysia (BNM), ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus pada suku pertama tahun ini disokong permintaan dalam negeri yang bertambah kukuh, khususnya perbelanjaan sektor swasta.

    Malah, ringgit turut menunjukkan pemulihan daripada kedudukan daripada menjadi mata wang Asia paling lemah pada 2016, berikutan langkah cekap oleh bank pusat dalam mengawal turun naik ringgit.

    Sementara itu, Obstfeld berkata, IMF turut mengekalkan anggaran pertumbuhan global pada 3.5 peratus pada 2017 dan 3.6 peratus pada 2018 memandangkan sumbangan agak berbeza di peringkat negara.

    Katanya, IMF menurunkan unjuran pertumbuhan untuk Amerika Syarikat (AS) kepada 2.1 peratus pada 2017 daripada 2.3 peratus dan 2.1 peratus pada 2018 daripada 2.5 peratus seperti yang ditunjukkan dalam sebahagian daripada pertumbuhan lemah pada suku pertama 2017.

    “Dasar fiskal AS kelihatan kurang cenderung untuk berkembang dalam jangka masa terdekat manakala impak Brexit kepada United Kingdom disemak semula disebabkan aktiviti yang lebih perlahan pada suku pertama 2017.

    “Malah, perkembangan ekonomi China dijangka akan kekal pada kadar 6.7 peratus pada tahun ini sama seperti pada 2016 dan diunjurkan akan menurun sedikit menjadi kepada 6.4 peratus pada tahun depan,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: IMF Semak Semula Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top