Semalam, gabungan DAP, PKR, PPBM dan PAN akhirnya mencapai kata sepakat untuk menubuhkan satu gabungan yang diberinama Harapan. Menariknya, gabungan ini diketuai oleh 3 orang pemimpin iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi dan Datin Seri Wan Azizah pula dilantik sebagai Presiden gabungan berkenaan.

Adakah ini yang terbaik mampu disajikan kepada rakyat dengan mengitar semula pemimpin yang telah terbukti mempunyai terlalu banyak skandal yang sehingga hari ini gagal dijawab?
Mari kita lihat perbandingan antara Harapan dengan Barisan Nasional yang selama ini mereka dakwa sebagai sebuah gabungan yang gagal. Di dalam Barisan Nasional, terdapat 14 buah parti yang bergabung dengan parti induknya adalah UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Menariknya, kesemua 14 buah parti ini mempunyai Presiden atau ketua mereka masing-masing dan kesemua ketua ini akur kepada seorang Pengerusi Barisan Nasional iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib. Tidak pula wujud istilah Ketua Umum ataupun Presiden untuk memuaskan hati 13 orang ketua yang membentuk Barisan Nasional.

Jika pemilihan ketua sendiri pun bercelaru, bayangkan, bagaimana mereka mahu mengetuai sebuah negara seperti Malaysia pada masa akan datang. Setidak-tidaknya, Barisan Nasional telah membuktikan formula yang diguna pakai sejak pembentukan Perikatan yang dianggotai UMNO, MCA dan MIC, masih kekal relevan sehingga hari ini.
0 comments:
Post a Comment