My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 14 July 2017

    Virus Rabies Ragut Nyawa Ketiga



    Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dari Kampung Lebor, Gedong, Sarawak menjadi korban ketiga virus rabies atau penyakit anjing gila petang semalam. 

    Alicesa Lovenna (gambar kecil) meninggal dunia pada pukul 2.16 petang selepas lebih seminggu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini. Perkara itu disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan semalam.

    "Mangsa keempat iaitu kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Kampung Ampungan, Serian masih lagi dilaporkan kritikal. Sehingga semalam, tiada lagi kes terbaharu dilaporkan,” kata kenyataan itu.

    Terdahulu, mangsa keempat berkenaan dimasukkan ke HUS minggu lalu selepas dia didapati pernah digigit anjing pada 27 Mei lalu. Sementara itu, Kampung Tangga di Serian diisytihar kawasan terbaharu dilanda wabak rabies semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Virus Rabies Ragut Nyawa Ketiga Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top