Semalam menyaksikan satu lagi bukti transformasi kerajaan terhadap pengangkutan awam negara. Ianya bertitik tolak dari perasmian MRT fasa kedua yang melengkapkan laluan sepanjang 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang yang akan menjimatkan kos, waktu dan jarak perjalanan untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.
Namun begitu, disaat lebih sejuta orang rakyat Malaysia bakal menikmati kemudahan awam ini, di kalangan pembangkang, mereka begitu sibuk menghentam dan mempertikaikan projek MRT ini. Pelbagai dakwaan mereka lemparkan yang menggambarkan projek ini seperti satu projek sampah yang langsung tidak berguna buat rakyat Malaysia.
Apa yang menjadi persoalan ialah adakah mereka sendiri membuktikan segala pembangunan yang dijanjikan oleh mereka di dalam manifesto pilihan raya yang lalu berjaya di laksanakan dengan berkesan? Sebagai contoh, bagaimana Pakatan Harapan berjanji untuk mengatasi masalah air di Selangor.
Hari ini, jangan katakan untuk mengatasi masalah air, masalah sedia ada sudah semakin bertambah dan ada diantara mereka yang sukar untuk mendapat bekalan air bersih. Malah, laporan mengenai pencemaran sungai di Semenyih juga cukup membimbangkan sehingga memungkinkan masalah air ini tidak akan mungkin dapat diatasi sekiranya mereka masih kekal mentadbir Selangor.
Begitu juga dengan apa yang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang. Antara jani utama Lim Guan Eng di Pulau Pinang adalah untuk memastikan insiden banjir kilat tidak berlaku di negeri berkenaan. Malah dia juga berjanji untuk melaksanakan pembangunan lebih seimbang di negeri berkenaan.
Namun, setelah hampir 9 tahun mentadbir Pulau Pinang, usah katakan pembangunan, hampir kesemua tanah negeri di lelong kepada pihak asing. Malah janji untuk membinan Jambatan Pulau Pinang ketiga dan memastikan projek terowong dasar laut juga hilang entah kemana.
Adakah ini sebuah kerajana yang mereka dakwa sebagai kerajaan terbaik? Jika janji dalam manifesto sendiri pun tidak dihormati, bayangkan apa akan terjadi kepada negara sekiranya mereka berjaya membentuk sebuah kerajaan kelak. Usah membahayakan masa depan negara demi satu janji yang mereka sendiri tidak mampu tepati.
0 comments:
Post a Comment