My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 22 July 2017

    Pasangan Bercinta Ditemui Mati



    Seorang anggota polis berpangkat lans koperal bersama kekasihnya, gadis Vietnam ditemui mati dengan masing-masing mempunyai kesan tembakan dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cantik di Cheras di sini semalam.  

    Mayat pasangan itu iaitu Ng Jun Ming, 25, dan Vo Thi Duyen, 20-an ditemui pada pukul 10.30 pagi di sebuah bilik di dalam rumah flat yang disewa oleh anggota polis itu bersama beberapa rakannya. 

    Jun Ming berasal dari Mersing, Johor dan bertugas di Unit Siasatan Khas Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman manakala maklumat lanjut mengenai Thi Duyen belum diketahui.

    Polis yang memeriksa bilik di tempat kejadian menemui sepucuk pistol semi automatik jenis Steyr M6 milik Polis Diraja Malaysia di tangan wanita itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pasangan Bercinta Ditemui Mati Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top