Ianya menjadi detik dan lambang kemajuan pengangkutan awam di negara ini sesuai dengan visi negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Malah, ianya menjadi lambang kesama tarafan pengangkutan awam negara dengan kebanyakan negara maju di dunia yang bakal menjadi pemangkin kepada ekonomi negara.
Namun, disaat semua kenangan dan detik bersejarah berkenaan masih menjadi ingatan, rupanya, masih ada rakyat Malaysia yang tidak pernah berubah sikapnya seumpama manusia di zaman batu.
Baru seminggu MRT di rasmikan, sudah ada tangan-tangan nakal yang tidak sedar diuntung sudah mula melakukan vandalisme terhadap kemudahan awam ini. Memetik kenyataan, Pengarah Komunikasi Strategik MyMRT, Najmuddin Abdullah, terdapat goresan di bangku dan dinding dan kerosakan pada tandas di mana sesetengah daripadanya berlaku dua hari selepas MRT beroperasi.
Tidak cukup dengan itu, ada diantara waris keturunan warga "Planet of the Apes" ini turut merosakkan dinding yang memaparkan Rukun Negara yang menjadi teras kepada keperibadian dan kerakyatan setiap seorang rakyat Malaysia. Kenapalah masih wujud manusia sebegini?
Ketika di minta mengulas akan hal ini, seorang wakil daripada Prasarana memberitahu, pihaknya turut kesal dengan sikap segelintir pihak yang sengaja merosakkan kecantikan dan kemudahan yang ada pada MRT ini. Katanya, sikap sebegini jelas bukan melambangkan sikap seorang rakyat Malaysia yang menghargai segala kemudahan pengangkutan awam yang ada di negara ini.
Dia yang enggan namanya disiarkan memberitahu, pihaknya akan meneliti kamera litar tertutup yang ada di dalam tren berkenaan bagi mengesan pihak-pihak yang bertanggungjawab melakukan tindakan vandalisme berkenaan.
0 comments:
Post a Comment