My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 14 July 2017

    Video : 'Tolong! Saya Terperangkap Dalam ATM'



    PENGGUNA mesin ATM di Corpus Christ, Texas, Amerika Syarikat terkejut apabila nota meminta tolong dikeluarkan mesin itu, semalam. 

    Nota itu ditulis pekerja penyelenggaraan yang terkunci di dalam bilik mesin ATM itu. Jurucakap polis Corpus Christi, Leftenan Chris Hooper berkata, lelaki itu terperangkap ketika melakukan kerja membaiki tombol pintu yang rosak.

    Katanya, mangsa tidak membawa telefonnya serta peranti yang digunakan untuk membuka pintu tersebut. Mangsa menulis beberapa nota meminta tolong tetapi tidak diketahui jumlah nota yang ditulis. Satu daripada nota yang ditulis berkata:

    “Minta tolong. Saya terperangkap di sini dan tidak mempunyai telefon. Tolong panggil bos saya” dengan nombor telefon tertera di bawah. Seorang pengguna yang mendapat nota itu menyerahkannya kepada polis yang sedang melakukan rondaan berhampiran.

    Anggota polis yang menyiasat pada mulanya mempercayai kejadian itu satu gurauan seperti plot rancangan televisyen lawak. Namun, tiba-tiba mesin itu “mula bercakap.” “Memang betul kami mendengar suara dari dalam mesin ATM itu,” kata anggota polis Corpus Christi, Richard Olden. 

    Seorang anggota polis menendang pintu dan menemui penulis nota yang terperangkap di belakang mesin ATM. Selepas maklumat dan kerjanya disahkan polis dan disebabkan tiada kejadian jenayah, lelaki itu dibebaskan. Polis percaya dia terperangkap selama dua jam


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Video : 'Tolong! Saya Terperangkap Dalam ATM' Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top