My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 25 July 2017

    Bayi Mati Dibunuh Di Dalam Perigi



    Misteri kehilangan seorang bayi lelaki berusia enam hari sejak Sabtu lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam perigi sedalam enam meter disyaki dibunuh di Kampung Ong Lok, Batang Melaka di sini malam kelmarin. 

    Mayat bayi yang sempurna fizikal dan masih berbalut kain lampin putih itu ditemui orang awam sebelum dikeluarkan dari perigi dengan bantuan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bistari pukul 10.30 malam.

    Susulan penemuan mayat tersebut, enam sekeluarga termasuk ibu bapa bayi malang itu yang berusia 20-an dan 30-an direman seminggu bagi membantu siasatan. Turut ditahan reman isteri kedua bapa mangsa, adik ipar serta dua saudara mereka. Mereka berusia 16 hingga 30 tahun.

    Majistret Suzanna Mokhtar membenarkan permohonan reman ke atas tiga lelaki dan tiga wanita tersebut bermula semalam bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu memberitahu, mayat bayi malang itu dijumpai oleh orang awam pada pukul 6.30 petang sebelum membuat laporan polis. Katanya, sebelum ini, bayi itu dilaporkan hilang dari rumah keluarganya dan laporan tersebut telah dibuat oleh bapa bayi itu sendiri di Balai Polis Batang Melaka pada pukul 7.45 malam, Sabtu lalu.

    “Bapa bayi itu mendakwa kali terakhir bayinya dilihat berada dalam jagaan isterinya dan sedang tidur di dalam bilik,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bayi Mati Dibunuh Di Dalam Perigi Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top