My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 18 July 2017

    Maut Akibat Terlalu Mabuk



    LELAKI yang tertidur di atas jalan raya disyaki mabuk maut dilanggar kenderaan di Jalan pasar malam, Inanam, Kota Kinabalu, malam semalam. Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa Candok Talib, 51, maut di lokasi kejadian akibat parah yang dialaminya. 

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan mendapati pemandu kenderaan jenis Toyota Fortuner dari pekan Inanam menuju ke Bulatan Inanam.

    "Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu Toyota Fortuner itu tidak menyedari mangsa yang baring di atas jalan raya sebelum melanggarnya. Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh doktor dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas," katanya ketika dihubungi, semalam.

    Chandra berkata, pemandu perempuan berusia 53 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa kerana berbaring di atas jalan raya sehingga berlaku kemalangan.

    "Mangsa disyaki mabuk ketika melintas lalu terbaring di atas jalan raya. Saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu," katanya. Tambah Chandra, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Maut Akibat Terlalu Mabuk Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top