My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 26 July 2017

    Misi Besar Reggae Boyz



    Jamaica tampil untuk menamatkan penguasaan Amerika Utara dalam Piala Emas Concacaf apabila mereka berdepan pasukan pilihan utama Amerika Syarikat pada aksi final di Stadium Levi’s di Santa Clara, California, awal pagi esok. 

    Kehadiran anak buah Bruce Arena pada perlawanan penentuan merebut gelaran juara sebenua bagi Amerika Utara, Tengah dan Caribbean itu bukannya satu kejutan. Sekalipun mereka dinafikan Jamaica apabila kalah pada separuh akhir dua tahun lalu, mereka tetap menjadi pilihan utama merangkul kejuaraan keenam Piala Emas Concacaf.

    Sejak Piala Emas diperkenalkan pada 1991, Mexico menang tujuh gelaran, Amerika Syarikat lima dan Kanada sekali pada 2000. Namun Jamaica sekali lagi memburu kejuaraan sulung. Mereka mengejutkan juara bertahan Mexico pada separuh akhir untuk muncul pasukan selain AS atau El Tri yang mampu layak ke final dua kali berturut-turut.

    “Kami mahu memecah kebuntuan itu,” kata jurulatih Jamaica, Theodore Whitmore mengenai dominasi AS-Mexico dalam kejohanan itu.

    “Itulah yang kami sebagai staf dan pemain bincangkan. Ia sering kali Mexico-AS. Kami mahu berada dalam kelompok teratas itu. Kami mahu menjadi pasukan, negara yang boleh menjadi bualan ramai. Itulah yang kami sedang usahakan.”

    Tindakan menakjubkan kapten Andre Blake dan gol sepakan percuma mengagumkan Kemar Lawrence ketika menang 1-0 ke atas Mexico pada separuh akhir membantu negara Caribbean yang terkenal dengan panggilan Reggae Boyz itu layak ke final sekali lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Misi Besar Reggae Boyz Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top