My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 23 July 2017

    Apalah Nasib Felda Sekiranya Pembangkang Mentadbir Negara?


    Gendang Pilihan Raya Umum ke 14 semakin kuat kedengaran. Hari ini, kesemua parti politik di negara ini sedang dalam rangka persiapan rapi untuk mengharungi satu lagi detik di mana segala hak untuk memilih kerajaan diserahkan semula kepada rakyat untuk menentukan hala tuju negara untuk penggal yang akan datang.

    Di kalangan pembangkang, salah sebuah entiti milik kerajaan yang sedang diserang habis-habisan adalah Felda. Ada sahaja serangan berunsur fitnah dirangka oleh pihak pembangkang untuk memecah belahkan undi pembangkang yang selama ini dikenali sebagai kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional.

    Bayangkan, betapa kuat keinginan mereka untuk menguasai Felda sehinggakan mereka meletakkan agenda untuk menyelamatkan Felda di dalam agenda Pakatan Harapan seandainya mereka berjaya membentuk kerajaan. Persoalannya, ikhlaskah mereka untuk menyelamatkan Felda?

    Sejak dari dahulu lagi, DAP yang kini mengetuai Pakatan Harapan memang meletakkan agenda mereka untuk mengganggu gugat serta memansuhkan apa sahaja entiti melibatkan kaum Melayu. Bukan satu rahsia lagi sejak dahulu lagi mereka memang menentang penubuhan Felda yang mereka sifatkan sebagai tidak adil kepada semua kaum.

    Bagi Tun Dr Mahathir pula yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan, semasa dia menjadi Perdana Menteri, antara entiti pertama yang ingin diswastakan untuk dimiliki oleh kroninya adalah Felda. Mungkin bagi Mahathir, Felda dilihat sebagai lubuk kewangan sehingga mendorong dia cuba menswastakan Felda.

    Mujurlah pada ketika itu, terdapat tentangan kuat dari kalangan pemimpin dan warga Felda sendiri. Jika tidak, pastinya hari ini Felda hari ini sudah dimiliki oleh mereka yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan nasib para peneroka Felda yang ada pada hari ini.

    Melihat kepada sejarah panjang usaha mereka menjahanamkan Felda, pasti timbul persoalan, apa yang akan terjadi kepada Felda sekiranya Pakatan Harapan mentadbir negara?

    Jika bersandarkan kepada sejarah panjang bagaimana pembangkang cuba merosakkan Felda sejak dahulu, pastinya mudah untuk kita simpulkan bahawa besar kemungkinan Felda akan diswastakan dan semua nasib peneroka Felda akan dibiarkan kepada pihak yang menguasai majoriti saham Felda tanpa sedikitpun mendapat pembelaan daripada kerajaan Pakatan Harapan.

    Lebih membimbangkan adalah, besar kemungkinan Pakatan Harapan akan membiarkan sahaja untung nasib Felda sehingga menyaksikan entiti kebanggaan kaum Melayu ini hilang begitu sahaja. Jika ada yang meolak andaian ini, renungkan sejenak bagaimana perjuangan DAP dan pakatan Harapan yang seringkali melaungkan permansuhan hak Ketuanan Melayu dan semua yang mempunyai unsur keMelayuan.

    Adakah warga Felda mahu membiarkan segala yang mereka usahakan selama ini dihapuskan begitu sahaja hanya disebabkan oleh fahaman politik? Adakah mereka mahu membiarkan, segala usaha mereka selama ini dimusnahkan oleh mereka yang berfahaman ultra kiasu seperti DAP? Renung-renungkanlah sejenak...
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apalah Nasib Felda Sekiranya Pembangkang Mentadbir Negara? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top