My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 26 July 2017

    Geng 'Kaki Daki'



    Aktiviti fizikal seperti mendaki semakin menjadi trend bagi anak muda masa kini. Selain dapat mengamal gaya hidup sihat, Generasi Y turut berpeluang menghayati pemandangan indah flora dan fauna di sekitar kawasan pendakian serta merakam gambar menarik. 

    Namun, tidak ramai yang sedar dengan kewujudan geng ‘Kaki Daki’ yang bukan saja tertumpu pada mendaki, malah aktif dengan aktiviti fizikal lain seperti larian, memanjat, menyelam, mengembara, berkhemah dan berbasikal. Komuniti yang dianggotai sekitar 70 ahli itu mula ditubuhkan pada 2014 hasil usaha tiga rakan iaitu Mohd Shukri Mohd Sallehudin, Hatta Harjono dan Mo Nazmi Ahmad. 

    Ahli aktif Kaki Daki Muhammad Faiz Zakaria, 26, berkata komuniti ini mula dikenali selepas salah seorang ahli bertemu dengan salah seorang pengasasnya iaitu Mohd Shukri. “Kaki Daki diperbaharui pada awal tahun lalu dan sejak itu ia semakin dikenali serta disertai lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang.

    “Walaupun teras komuniti ini adalah mendaki, tapi kami turut aktif dengan aktiviti lain seperti memanjat kerana tidak semua gemar mendaki dan peminat aktiviti fizikal boleh berkumpul dan menganjurkan aktiviti bersama,” katanya.

    Kaki Daki juga giat menjalankan program kesukarelawan bagi mengeratkan hubungan serta memupuk golongan muda terbabit dengan aktiviti seumpama itu. “Selain giat menjalankan aktiviti fizikal, kami turut terbabit dengan khidmat komuniti seperti mengemas rumah orang tua dan menjalankan sesi pembersihan di beberapa kawasan terpilih.

    “Kebiasaannya, kami akan membersihkan kawasan sekitar kaki bukit atau gunung dan di sepanjang laluan pendakian. Membawa beg sampah sudah sinonim dalam kalangan ahli Kaki Daki walaupun kami mendaki sendirian.

    “Geng Kaki Daki tidak hanya fokus pada aktiviti menyihatkan badan sambil menghirup udara segar, tapi kami juga mahu melestarikan serta menjaga alam sekitar,” katanya. Selain itu, Kaki Daki aktif menjalankan larian pada setiap malam Selasa di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

    “Selain menganjurkan aktiviti berkumpulan, kami turut mengadakan latihan khususnya kepada ahli yang aktif larian dengan menjadikan larian setiap malam Selasa rutin mingguan. Ahli bukan saja dapat memantapkan ketahanan fizikal untuk menyertai acara larian tapi dalam masa yang sama dapat memnfaatkan masa lapang dengan aktiviti berfaedah,” katanya.

    Kaki Daki bakal menjalankan Sesi Membersihkan Gunung Nuang iaitu pada 19 Ogos ini. Sebarang pertanyaan untuk turut serta boleh layari FB Kaki Daki Adventure atau Instagram @kakidaki.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Geng 'Kaki Daki' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top