• PANAS

    Sunday, 23 July 2017

    Lelaki Berambut Palsu Keriting Pijak Wanita Mati



    Seorang lelaki ditangkap selepas dirakam memakai rambut palsu keriting dan memijak mati seorang wanita di rumahnya di Muang berhubung pertengkaran hartanah, Khamis lalu. 

    Suparb Khongkaset, 48, dari daerah Phunphin di Surat Thani ditangkap kelmarin selepas menghilangkan diri sejak Khamis lalu susulan kejadian itu, kata ketua polis Surat Thani Major Jeneral Apichart Boonsrirote.

    Menurutnya, suspek ditahan atas tuduhan bunuh selepas polis memperoleh bukti kukuh mengaitkannya dengan kematian Nantha Chanthana, 66, di rumah mangsa. Rakaman kamera keselamatan di rumah mangsa menunjukkan seorang lelaki memakai rambut palsu keriting memijaknya sehingga mati sebelum meninggalkan lokasi itu pada petang Khamis.

    Mayat Nantha ditemui pada lewat hari sama dengan tangannya diikat di belakang menggunakan tali manakala kaki diikat dengan selimut serta tuala. Satu lagi selimut digunakan untuk melilit mulut dan leher mangsa.

    “Suspek pada mulanya menafikan pembabitannya, tetapi wajahnya jelas kelihatan dalam rakaman kamera keselamatan,” kata Boonsrirote. Menurutnya pertengkaran berlaku disebabkan rumah berkenaan yang dibeli Nantha melalui kakak serta abang ipar suspek ketika lelaki itu menjalani hukuman penjara kerana bunuh dan tipu.

    Mangsa dilaporkan enggan menyerahkan semula kediaman itu walaupun pasangan terbabit menawarkan membayar semula wangnya menyebabkan suspek berang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lelaki Berambut Palsu Keriting Pijak Wanita Mati Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top