My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 24 July 2017

    4 Kali Seminggu Ke Davao



    AirAsia merancang untuk menyenaraikan Air- Asia Filipina di pasaran awam pada sekitar hujung tahun ini atau suku pertama tahun depan sejajar dengan langkah pengembangan laluan penerbangan syarikat di Filipina pada tahun ini. 

    Terkini, AirAsia mengumumkan laluan terbarunya ke Davao, Filipina dengan empat kali penerbangan seminggu terus dari Kuala Lumpur bermula 21 Disember ini dengan harga tiket bermula dari RM99 sehala.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, laluan terbaru itu dikendalikan AirAsia Bhd dengan kod penerbangan AK dan ia adalah laluan terus keempat dari Kuala Lumpur selepas Manila, Cebu serta Kalibo.

    Beliau berkata, Filipina adalah pasaran berpotensi selepas Thailand memandangkan terdapat pelbagai tarikan kehadiran pelancong ke negara berkenaan dan kerajaan negara republik itu sentiasa membuka pintu perbincangan perniagaan yang memudahkan pengembangan operasinya.

    “Polisi Kerajaan Filipina yang mesra pelabur asing terutama dalam industri penerbangan ketika ini masa terbaik bagi AirAsia melaksanakan penyenaraian awam di pasaran tempatan serta meluaskan perniagaan di rantau ini.

    “Pengenalan laluan terus seperti Kuala Lumpur ke Davao bukan saja memberi manfaat kepada pelancong malah peniaga dan pekerja asing yang bekerja di Malaysia atau Filipina yang turut dapat menikmati kadar penerbangan mampu milik serta menjimatkan masa perjalanan,” katanya pada majlis pelancaran laluan baru itu baru-baru ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 4 Kali Seminggu Ke Davao Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top