My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 24 July 2017

    Pelajar Didenda Secara Melampau



    Seorang bapa kesal dengan tindakan seorang guru wanita yang didakwa mendenda anak lelakinya secara melampau sehingga pelajar itu dikatakan sukar berjalan dalam kejadian di sebuah sekolah menengah agama di sini Selasa lalu. 

    Bapa mangsa, Samsudin Seri, 42, berkata, anak lelakinya, Muhamad Nur Haikal, 16, mengadu mengalami sakit pada keseluruhan badan dan kaki selepas didenda secara fizikal oleh guru mata pelajaran Sivik di dalam kelas di sekolahnya.

    Antara bentuk denda yang didakwa diarahkan guru wanita itu ialah melakukan ketuk ketampi, bangun dan duduk, bangkit tubi serta tekan tubi yang masing-masing perlu dilakukan antara 200 kali hingga 300 kali. Proses denda itu didakwa berlangsung selama sejam iaitu bermula pada pukul 11.20 pagi sehingga 12.20 tengah hari.

    Samsudin memberitahu, anaknya menceritakan apa yang berlaku selepas dia mengadu tidak tahan sakit pada kedua-dua pahanya dan seluruh badan gara-gara terlupa untuk membuat salinan kerja kursus yang sudah disemak oleh gurunya itu pada Jumaat, 14 Julai lalu.

    Berikutan, tindakan guru wanita itu, Samsudin berkata, anaknya dibawa ke hospital dan pemeriksaan awal doktor mengesyaki sel pada kedua-dua belah paha anaknya mungkin rosak atau terkoyak. “Pihak hospital juga masih menunggu keputusan ujian air kencing bagi mengetahui fungsi buah pinggang anaknya kesan daripada denda melampau itu,” kata Samsudin.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pelajar Didenda Secara Melampau Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top