Seorang pelajar tingkatan satu yang dipercayai tidak tahan dibuli bertindak menghidangkan mi goreng beracun kepada rakan sekolahnya dalam satu kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman di sini petang kelmarin.
Bagaimanapun, perbuatannya itu memakan diri selepas suspek diberkas pihak berkuasa ekoran keluarga mangsa membuat laporan polis.
Suspek berusia 13 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Sri Jaya di sini pukul 2.30 pagi semalam.
0 comments:
Post a Comment