My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 26 July 2017

    Berani Berubah



    Ekonomi Malaysia terus berkembang maju serta menjadi lebih kukuh hasil daripada pembaharuan semula dan program yang dilaksanakan secara mampan oleh kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kejayaan itu juga dicapai dengan keberanian kerajaan mengambil keputusan sukar untuk membangunkan ekonomi yang kukuh dan mantap. 

    Beliau berkata, kerajaan sentiasa tampil dengan pelbagai pembaharuan, transformasi ekonomi dan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mewujudkan kemakmuran kepada negara. “Kita mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan, termasuk mengurangkan pergantungan terhadap pendapatan minyak dan gas daripada 41 peratus pada 2009 kepada 14 peratus hari ini.

    “Dengan kejatuhan besar harga minyak, cuba bayangkan bagaimana kita akan berdepan keperitan jika kita tidak berbuat demikian,” katanya ketika berucap pada persidangan Invest Malaysia Kuala Lumpur (IMKL) 2017, di sini, semalam.

    Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak dan Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Amirsham A Aziz.

    Mengulas mengenai pasaran saham tempatan, Najib berkata, Malaysia mempunyai jumlah syarikat senaraian awam terbesar di ASEAN dan pada nilai AS$29 bilion serta Bursa Malaysia mencatat jumlah dana yang dijana tertinggi dalam tempoh lima tahun lalu berbanding 10 negara anggota lain. 

    Menurutnya, pasaran modal meningkat sembilan peratus kepada RM3.1 trilion dalam tempoh enam bulan bagi 2017 dan menduduki kedudukan kelima di Asia berdasarkan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

    “Semua ini menunjukkan kepada satu kesimpulan, iaitu ekonomi kita terus maju dan lebih kuat dari sebelumnya hasil daripada pembaharuan serta program yang dilaksanakan kerajaan.

    “Pasaran modal ini berupaya menarik minat yang besar daripada pelabur asing serta tempatan dan dalam pasaran berkenaan terdapat jumlah aliran masuk RM11 bilion pada separuh pertama 2017 berbanding RM3 bilion aliran keluar bagi keseluruhan 2016,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Berani Berubah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top