My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 18 July 2017

    Guru Kantoi Rakam Bawah Skirt Pelajar



    SEKOLAH Rendah Xinmin di Singapura mengesahkan lelaki yang dirakam CCTV membuat rakaman ‘bawah skirt’ dalam tren MRT yang tersebar di media sosial ialah gurunya. Dalam emel kepada Channel NewsAsia hari ini, Timbalan Pengetua sekolah itu, Clement Lee, berkata lelaki itu adalah guru baru yang bertugas di sekolah berkenaan pada 13 Jun 2016. 

    “Keselamatan murid kami adalah keutamaan. Kes itu kini dalam siasatan polis dan guru berkenaan kini cuti,” kaatanya.

    Dalam rakaman video yang disiarkan di Facebook Sabtu lalu, lelaki terbabit yang memakai seluar pendek hitam dan baju merah jambu terang dilihat membelek telefonnya sebelum meletakkannya di atas beg yang kemudian direndahkan pada paras lututnya.

    Ketika tren meninggalkan stesen MacPherson menuju Paya Lebar, seorang wanita memakai skirt datang berdiri di belakang lelaki itu dan dia dilihat menolak begnya ke arah kaki wanita itu.

    Polis mengesahkan laporan sudah dibuat dan siasatan sedang dijalankan. Dalam kes kedua, jurutera tentera Tentera Udara Republik Singapura berusia 26 tahun dihukum penjara empat minggu hari ini, kerana memasuki tandas sebuah kolej dan merakam seorang pelajar perempuan menukar pakaian. 

    Menurut laporan todayonline.com, Wee Wei Jie didapati bersalah menjatuhkan maruah mangsa berusia 16 tahun di Nanyang Junior College pada 22 Mac tahun lalu. Mangsa yang selesai berlatih ragbi sentuh, ternampak telefon bimbit dihulur di atas dinding tandas ketika sedang menyalin pakaian. Wei Jie berlari keluar namun dia dikenal pasti melalui rakaman CCTV.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Guru Kantoi Rakam Bawah Skirt Pelajar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top