My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 14 July 2017

    Kisah Tragedi Rumah Baru


    Bulan ini, pawagam di Malaysia menayangkan deretan karya asing menarik dari beberapa negara dengan pelbagai genre. Satu daripadanya filem terbaik dari Iran berjudul The Salesman yang mengisahkan kejadian menimpa sepasang suami isteri di kediaman baru mereka. 

    Filem arahan Asghar Farhadi ini memenangi tiga anugerah berprestij termasuk Anugerah Oscar tahun ini bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik. Ia mengisahkan Emad dan Rana terpaksa berpindah keluar dari pangsapuri mereka berikutan kerja pembinaan berhampiran boleh menjejaskan keselamatan penghuni bangunan itu.

    Pasangan ini kemudian berpindah ke sebuah pangsapuri di tengah-tengah bandar raya Teheran. Bagaimanapun, pasangan terbabit tidak mengetahui satu tragedi pernah menimpa bekas penghuni yang tinggal di rumah itu. Kejadian lampau itu bakal mengubah kehidupan Emad dan Rana.

    Filem berdurasi dua jam empat minit ini dibintangi Taraneh Alidoosti, Shahab Hosseini dan Babak Karimi. Sementara itu, bersempena tayangan The Salesman pada 27 Julai ini, Golden Screen Cinema (GSC) menawarkan 180 tiket percuma menyaksikan filem ini kepada pembaca Harian Metro. 

    Pembaca hanya perlu membawa artikel ini ke kaunter GSC Mid Valley Kuala Lumpur dan GSC Plaza Gurney Pulau Pinang untuk menebus tiket sehingga 18 Julai ini. Bagi mendapatkan dua tiket percuma itu, pembaca hanya perlu membawa keratan akhbar ini ke kaunter khas dua pawagam berkenaan bermula hari ini hingga 18 Julai ini.

    Tiket percuma itu bagi menyaksikan tayangan perdana The Salesman di dua pawagam berkenaan pada 18 Julai ini, jam 9 malam. Setiap pembaca hanya layak mendapat dua tiket berdasarkan siapa cepat dia dapat. Maklumat lanjut mengenai The Salesman boleh melayari laman web www.gsc.com.my
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kisah Tragedi Rumah Baru Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top