My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 25 July 2017

    Mangsa Kelima Wabak Rabies Maut



    Mangsa kelima, Tinding Lambang, 52, disahkan maut akibat wabak rabies atau penyakit anjing gila selepas mengalami lemah anggota badan daripada paras pinggang hingga kaki kesan daripada jangkitan virus berbahaya itu. 

    Abang ipar mangsa, Patis Jangga, 57, berkata, perkara itu dimaklumkan oleh doktor pada minggu lalu selepas mangsa dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini. “Doktor kemudiannya memberitahu keadaannya kritikal dan seperti tiada harapan.

    “Mesin bantuan pernafasan pula terpaksa dicabut pukul 10 malam semalam (kelmarin) kerana dia sudah disahkan mati otak,” katanya ketika ditemui Kampung Remun di sini semalam.

    Bercerita mengenai kejadian yang menimpa mangsa, Pitas memberitahu, dia digigit anjing milik bapanya sendiri di rumah bapa mereka yang terletak berhampiran dengan rumah ini. Menurutnya, anjing itu memang berkelakuan aneh dengan mulut berbuih dan matanya yang sudah merah.

    “Dia digigit pada kaki kiri dan kesan koyakan akibat gigitan itu juga agak besar, namun ketika itu, masih belum ada pengumuman mengenai kes itu di sini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mangsa Kelima Wabak Rabies Maut Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top