My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 12 July 2017

    Wanita Cedera Ditetak Abang



    Seorang wanita cedera di kepala akibat ditetak abangnya dalam kejadian di Kampung Batu Tiga di sini, petang kelmarin. Difahamkan, kejadian jam 3 petang itu berlaku akibat salah faham sebelum suspek yang berusia 28 tahun menyerang mangsa menggunakan parang. 

    Mangsa yang berusia 20-an itu luka sepanjang satu sentimeter di kepalanya, namun dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Lawas.

    Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintendan Abang Zainal Abang Ahmad berkata, kejadian disedari ahli keluarga apabila mangsa meraung selepas ditetak suspek. Menurutnya, mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan manakala bapa mangsa berusia 56 tahun membuat laporan di Balai Polis Lawas untuk tindakan lanjut.

    “Polis ke lokasi sejurus menerima laporan dan menahan suspek di rumah terbabit. Polis turut menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi media, semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Wanita Cedera Ditetak Abang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top