My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 12 July 2017

    Kena Bela Diri Kali Kedua



    Bekas penarik kereta, Koong Swee Kwan sekali lagi diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi (gambar kecil), empat tahun lalu. 

    Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab. Karim Ab. Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Swee Kwan, 48, atau nama gelarannya, Si Empat Mata. Dalam penghakimannya, Ab. Karim berkata, keterangan daripada 15 saksi pendakwaan membuktikan Swee Kwan mempunyai niat untuk membunuh Hussain. 

    “Berdasarkan keterangan saksi, mangsa ditembak beberapa kali pada bahagian dada dari jarak dekat oleh tertuduh dan mangsa meninggal dunia sebab kecederaan yang dialaminya iaitu kesan tembakan.

    "Berdasarkan keterangan saksi, tertuduh juga berniat cuba membunuh isteri mangsa, Cheong Mei Kuan dengan pengetahuan bahawa perbuatannya itu bahaya dan boleh menyebabkan kematian,” katanya yang menetapkan 17 dan 25 Ogos depan untuk sambung bicara kes.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kena Bela Diri Kali Kedua Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top