My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 12 November 2016

    Argentina "Dilaukkan" Brazil Dan Neymar


    Neymar menjaringkan gol antarabangsa ke-50 ketika membantu Brazil mengatasi Argentina 3-0 sekali gus mengukuhkan kedudukan negara itu dalam kumpulan kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Amerika Selatan, sekali gus membuatkan musuh tradisi itu bergelut ke pusingan akhir. 

    Bintang Barcelona Neymar menenggelamkan rakan sepasukannya Lionel Messi di Belo Horizonte - venue sama yang menyaksikan Brazil dibelasah 7-1 oleh Jerman pada separuh akhir Piala Dunia 2014. Argentina masih lagi terkapai-kapai di luar kelompok pasukan yang layak ke pusingan akhir tetapi Messi tetap yakin juara dunia dua kali itu pasti berupaya untuk ke Russia.

    Jaringan Neymar berlaku di tengah-tengah ledakan bintang Liverpool Philippe Coutinho dan pemain tengah berpangkalan di China Paulinho.

    Brazil sudah mengumpul lima kemenangan berturut-turut di peringkat kelayakan sejak dibimbing Tite yang mengambil alih jawatan daripada Dunga selepas pengendali itu dipecat Jun lalu gara-gara kegagalan Brazil melepasi peringkat kumpulan Copa America Centenario.

    Brazil kini mengumpul 24 mata hasil 11 perlawanan, satu mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Uruguay yang mengumpul 23. Brazil enam mata di atas pasukan di tangga ketiga Colombia dan tujuh mata di atas Ecuador serta Chile yang berkongsi 17 mata selepas 11 perlawanan.

    Argentina berada di luar kelompok pasukan yang layak, di tangga keenam dengan 16 mata. Argentina yang hanya berupaya mengumpul dua mata sepanjang empat perlawanan terakhir, akan berdepan Colombia, Rabu depan dan perlu menang jika tidak mahu berputih mata.

    “Memang benar kami ketinggalan perjuangan kami belum tamat,” kata Messi. “Kami perlu melupakan seketika situasi ini dan akan memikirkan soal Colombia. Jika kami menang ke atas Colombia, keadaan pasti berbeza.”

    Sementara itu, Uruguay terus menekan Brazil dengan kemenangan 2-1 ke atas Ecuador di Montevideo. Uruguay mendahului pada minit ke-12 apabila bekas pertahanan Liverpool Sebastian Coates menyambut sepakan sudut yang juga menjadi gol antarabangsa pertamanya.

    Penyerang Espanyol Felipe Caicedo menyamakan kedudukan buat Ecuador ketika babak pertama permainan hampir tamat. Tetapi Uruguay tidak menunggu lama dengan Diego Rolan melepaskan rembatan rendah untuk kembali meletakkan pasukannya di depan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Argentina "Dilaukkan" Brazil Dan Neymar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top