Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) melalui program ‘Research for Intensified Management of Bio-Rich Areas’ (RIMBA) menemui 12 spesies tumbuhan liar baru di dua kawasan hutan simpan di negeri ini. Penemuan tumbuhan liar itu hasil kerjasama kumpulan saintis dari SFC dan Taman Botanikal Singapura pada Ogos lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif SFC Wong Ting Chung berkata, tumbuhan liar membabitkan sembilan spesies begonia, masing-masing satu spesies orkid liar, halia dan marantaceae. Menurutnya, orkid liar dan begonia tumbuhan terlindung di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.

“Kumpulan saintis menemui sembilan spesies begonia dalam penyelidikan itu dengan lima daripadanya ditemui di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Lanjak-Entimau dan dua spesies di Taman Negara Batang Ai.
“Dua lagi spesies boleh ditemui di dua-dua kawasan hutan simpan yang terletak di daerah yang sama ini,” katanya pada Majlis ‘RIMBA RUMBLINGS’ di sini, semalaman.
Hadir sama Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan isteri, Puan Sri Jamilah Anu. Mengenai spesies orkid liar, marantaceae dan halia, Wong berkata, ia ditemui di Pusat Hidupan Liar Lanjak-Entimau.

“Orkid, marantaceae dan begonia digunakan secara komersial sebagai pokok hiasan di taman serta rumah di kebanyakan negara. “Namun, potensi marantaceae dan begonia sebagai pokok hiasan di negara ini masih belum diteroka sepenuhnya,” katanya.
0 comments:
Post a Comment