Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) memburu 23 individu yang dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam jenayah rentas sempadan di pantai timur negeri ini.
Senarai nama dan gambar kesemua individu itu turut dikeluarkan semalam bagi membolehkan pihak berkuasa mendapatkan maklumat dan seterusnya menahan mereka. Komander Esscom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khadis berkata, semua 23 individu terbabit merupakan warga asing dan dikehendaki bagi membanteras jenayah rentas sempadan.
“Gambar yang dikeluarkan itu adalah mereka yang disyaki terbabit dalam jenayah rentas sempadan,” katanya di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment