My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 11 November 2016

    Aktivis Dibawa Ke Kuching Bantu Siasatan



    Seorang aktivis yang dipercayai mempunyai kaitan dengan akaun Facebook ‘Sarawak Keluar Malaysia 2021’ yang ditahan di sini Rabu lepas diperintah ditahan reman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini semalam. 

    Suspek berusia 48 tahun, ditahan jam 2.40 petang Rabu lepas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1), Akta Hasutan dan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia.

    Lebih dikenali dengan nama samaran Beng Kor, suspek akan dibawa ke Kuching bagi membantu siasatan polis berhubung kenyataan palsu dikeluar dalam akaun Facebook ‘Sarawak Keluar Malaysia 2021’, yang turut mengaitkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

    Dalam laporan media kelmarin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Datuk Dev Kumar memberitahu, 13 laporan diterima polis setakat jam 3 petang Rabu lepas.

    Pada tahun lepas, suspek memainkan peranan utama dalam pergerakan Sarawak for Sarawakian (S4S) telah didakwa di bawah Seksyen 249, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Suspek didakwa kerana enggan memberikan nama pengguna (Username) dan kata laluan bagi akaun Facebook miliknya kepada pihak polis berhubung komen yang dikeluar.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Aktivis Dibawa Ke Kuching Bantu Siasatan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top