Hanya tinggal kira-kira 7 hari sahaja lagi sebelum berlangsungnya himpunan BERSIH 5 yang dijadual bakal diadakan di Dataran Merdeka, 19 November ini. Dengan dihiasi pelbagai spekulasi dan larangan pihak berkuasa, BERSIH dilihat berkeras untuk meneruskan agenda mereka seperti yang telah dirancang sebelum ini.
Walaupun sudah banyak larangan diberikan kepada Maria dan BERSIH, nampaknya mereka masih lagi kekal berkeras untuk mengadakan perhimpunan BERSIH 5 seperti yang telah dijadualkan. Adakalanya, BERSIH dilihat enggan memperdulikan arahan pihak berkuasa sehingga mereka disifatkan sebagai kumpulan yang mengagungkan keegoan berbanding apa yang mereka perjuangkan.

Tetapi, daripada reaksi yang ditunjukkan oleh BERSIH, apa yang dimahukan oleh Gerakan Baju Merah nampaknya tidak mungkin jadi kenyataan. Maria masih kekal dengan pendiriannya untuk tetap melakukan perhimpunannya tanpa memperdulikan larangan dari pihak berkuasa mahupun terpaksa berhadapan dengan Gerakan Baju Merah.

Inilah yang cukup dibimbangi oleh ramai pihak sekiranya kedua-dua kumpulan ini bertembung. Semua pihak tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku, namun jika perkembangan semasa diambil kira, ada kemungkinan suasana tegang mungkin akan berlaku. Adakah ini yang dimahukan BERSIH dalam usaha mereka kononnya untuk memperjuangkan demokrasi?
0 comments:
Post a Comment