Dalam dunia yang dikuasai oleh persepsi dan propaganda hari ini, sukar untuk menilai mana satu bukti secara berfakta dan mana satu dakwaan penuh tipu muslihat. Kesemuanya jika dilihat secara mata kasar hampir sama, namun seperti yang selalu diungkapkan, kebenaran pasti akan timbul jua akhirnya walaupun pembohongan dilihat seakan berjaya mempengaruhi orang ramai.
Sepanjang lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke China selama 6 hari, bukan sedikit kata tohmahan dilemparkan keatas beliau dan rombongan. Paling hangat diperkatakan kononnya, Perdana Menteri ke China untuk sekali lagi menjual aset negara kepada Negara Tembok Besar berkenaan.
Tuduhan ini berasaskan kepada penjualan beberapa aset milik 1MDB kepada pihak China serta penglibatan aktif syarikat konglemerat gergasi China dalam membangunkan infrastruktur yang dirancang oleh kerajaan seperti East Coast Railway Link (ECRL), pembinaan Bandar Malaysia dan banyak lagi.
Malah, ada yang terlebih jauh kehadapan mendakwa, Datuk Seri Mohd Najib memperakui sistem komunisme jauh lebih hebat berbanding sistem yang diamalkan di negara ini. Dakwa mereka, Perdana Menteri lebih berminat mempelajari sistem keras China dalam usaha menekan pembangkang di negara ini dari bersuara. Cukup mudah mereka membuat andaian.
Sebenarnya, beberpa kejayaan telah dikecapi negara sepanjang lawatan kerja 6 hari Perdana Menteri ke Beijing. Paling utama, hubungan Putrajaya-Beijing terus diperkukuhkan disaat hubungan diplomatik kebanyakan negara kini berada dalam keadaan sedikit tegang. Setidak-tidaknya, Datuk Seri Mohd Najib memilih rakan yang kuat dari segenap aspek untuk menjaga kepentingan negara.
Pada lawatan berkenaan, beliau turut mengumumkan projek pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur bernilai RM46 bilion dengan China Communication Construction Company Ltd (CCCC) dilantik sebagai pemaju projek ini. Syarikat ini dianugerahkan projek berkenaan hasil daripada rundingan terus antara pihak kerajaan dengan syarikat berkenaan.
Disinilah timbul satu lagi tuduhan gila yang mendakwa, Datuk Seri Mohd Najib membuat keuntungan sebanyak RM 9 bilion secara mudah. Semua ini bersandarkan kepada pengumuman beliau sewaktu pembentangan bajet 2017 yang menyatakan projek ECRL ini bernilai RM 55 bilion.
Jika hati sudah hitam, maka semuanya akan dituduh sebagai makan hasil atas angin. Benar, projek berkenaan bernilai RM 55 bilion secara keseluruhannya. Manakala projek yang dianugerahkan kepada CCCC berkenaan bernilai RM 46 bilion yang hanya merangkumi projek pembinaan semata-mata, tidak termasuk kos-kos yang lain.
Apa maksud kos-kos lain? Kos-kos lain adalah proses pengambil alihan tanah daripada milik individu yang terlibat dan pembayaran pampasan kepada mereka yang terlibat. Adakah pihak pembangkang menganggap pembinaan ECRL ini dibina diatas langit tanpa perlu menggunakan walau sejengkal pun tanah?
Mungkin pihak pembenci kerajaan ini terlalu terpengaruh dengan bayangan tahun 2020 pada zaman Tun Dr Mahathir yang membayangkan kereta dan pengangkutan akan bergentayangan terbang bebas dengan tiada lagi penggunaan darat untuk pengangkutan. Mereka juga mungkin terpengaruh dengan filem Star Wars, Star Trek dan banyak lagi filem sains fiksyen sehingga menolak sebarang pengambil alihan tanah untuk pembinaan ECRL.
Jika mereka mengandaikan negara telahpun dijual kepada China menerusi beberapa perjanjian yang ditandatangani di sana, bagaimana pula kiranya kesemua perjanjian yang ditandatangani oleh Mahathir selaku Perdana Menteri dahulu untuk membina KLCC, PLUS Ekspresway, Lebuhraya Pantai Timur dan sebagainya?
Bukankah KLCC direka dan dianugerahkan projek pembinaannya kepada pihak Jepun dan Korea Selatan? Bukankah PLUS Ekspressway dibina oleh syarikat dari Korea Selatan? Bukankah ini juga boleh dianggap sebagai menjual nnegara oleh Mahathir sendiri?
Disinilah dapat dinilai betapa pemikiran pembangkang dan para pentaksub Mahathir benar-benar tidak logik dan seolah-olah seperti orang gila. Jika mereka mengatakan negara telah dijual oleh Datuk Seri Mohd Najib, ini bermakna, Amerika telah menjual dirinya kepada 14 buah negara semasa perancangan TPPA 1 ketika dahulu.
Malah kesemua negara menjual negara masing-masing kepada mana-mana negara setiap kali satu-satu perjanjian pembangunan infrastruktur dilakukan. Inikah logik pembangkang dan pentaksub Mahathir? Dari mana mereka belajar fakta gila seumpama ini kerana pihak sekolah mahupun IPTA dan IPTS tidak mengajar, menandatangani perjanjian bermakna menjual negara.
Seperti yang diberitahu sebentar tadi, jika hati sudah hitam, semuanya akan nampak salah semata-mata. Berhentilah dari menyerlahkan kebodohan diri sendiri kepada masyarakat umum. Negara tidak pernah dijual atau terjual hanya dengan menandatangani sebarang perjanjian. Kerajaan hari ini bukan buta huruf sehingga tidak boleh membaca sebarang perjanjian seperti didakwa oleh pembangkang dan pentaksub Mahathir.
0 comments:
Post a Comment