My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 9 November 2016

    Kejam Lagikah Kerajaan Malaysia?




    Minggu ini sahaja, Pulau Pinang dilanda 4 kali banjir kilat yang mengakibatkan kerosakan harta benda dan masalah kepada rakyat. Dalam keempat-empat kejadian banjir kilat ini, kelibat Lim Guan Eng dan barisan exco kerajaan negeri, langsung tidak kelihatan. Lebih buruk lagi, Guan Eng langsung tidak pernah mengakui banjir di Pulau Pinang akibat daripada kelemahannya menguruskan negeri.

    Beliau sebaliknya pantas menunding kepada kerajaan pusat dimana beliau mendakwa, kerajaan tidak memenuhi permintaannya untuk memohon dana tambahan sebanyak RM 350 juta bagi menguruskan masalah banjir di Pulau Pinang. Sama seperti kerajaan Selangor, jarinya pantas menunding kepada Barisan Nasional sebagi punca terjadinya banjir di negeri ini.

    Hakikat yang enggan diakui oleh Guan Eng adalah, kerajaannya sendiri gagal menguruskan sistem perparitan, penjarahan bukit, penebangan hutan secara berleluasa dan pembangunan tidak ternacang di Pulau Pinang. Ini menjadikan negeri ini berhadapan dengan bahaya kemungkinan akan berlaku banjir yang lebih besar pada masa hadapan.

    Menariknya, jika dilihat kepada permohonan Guan Eng ini, sebenarnya kerajaan pusat tidak perlu untuk membantu pun. Ini kerana, rekod kerajaan negeri yang telah membazirkan RM 300 juta untuk membayar bayaran konsultan terhadap Beijing Urban Construction Group (BUCG) untuk kajian projek terowong dasar laut negeri.

    Memandangkan tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat tidak pernah kenal erti kepartian atau idealogi, kerajaan semalam akhirnya menyalurkan RM 150 juta kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menambah baik dan membina tambatan banjir di Pulau Pinang.

    Peruntukan ini merangkumi RM 25 juta untuk projek mendalamkan Sungai Pinang yang boleh dikatakan teruk tercemar akibat kerakusan kerajaan Guan Eng membina pembangunan yang tidak terancang. Manakala RM 125 juta lagi diperuntukkan untuk memelihara dan membangunkan projek tambatan banjir di Sungai Pinang yang meliputi sepanjang 3.2 kilometer.

    Dalam reaksi balas, Guan Eng dilaporkan berterima kasih dengan peruntukan berkenaan namun beliau turut mengakui, jumlah berkenaan masih belum cukup dan kerajaan mengambil masa terlalu lama untuk meluluskan peruntukan berkenaan.

    Lihatlah keegoan Guan Eng. Disebalik ucapan terima kasihnya, beliau masih sempat menyalahkan kerajaan diatas kegagalan dan kerakusannya sendiri dalam mentadbir Pulau Pinang. Berhenti untuk terus berpolitik Guan Eng, sebaliknya cukupkan peruntukan yang di cadangkan untuk membantu rakyat Pulau Pinang agar tidak lagi berhadapan dengan kesengsaraan akibat banjir.

    Menarik untuk disaksikan adalah, masihkan DAP dan Guan Eng mahu mendakwa, kerajaan langsung tidak membantu mereka menguruskan negeri? Adakah mereka akan mendakwa kerajaan zalim dengan menekan kerajaan pembangkang dalam berhadapan dengan bencana alam? Andai ini berlaku, sememangnya pembangkang terutamanya DAP langsung tidak pernah bersyukur dengan apa yang mereka dapat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kejam Lagikah Kerajaan Malaysia? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top