My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 17 November 2016

    Banyak Sebab Punca Penurunan Prestasi UPSR






    Hari ini, terlerailah sudah penantian ibu bapa dan murid tahun 6 yang menduduki perperiksaan UPSR pada tahun ini. Di semua sekolah di seluruh Malaysia, pelbagai reaksi ditunjukkan. Ada yang gembira malah ada juga yang berduka apabila melihat keputusan UPSR yang diduduki oleh anak masing-masing.

    Melihat kepada keputusan keseluruhan perperiksaan UPSR tahun ini, jelas menunjukkan terdapat penurunan peratusan pelajar yang memperoleh keputusan "straight A" dalam kesemua subjek yang mereka ambil berbanding tahun lalu. Situasi ini sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan ibu bapa dan tenaga pengajar, apa yang sudah berlaku sebenarnya?

    Secara amnya, tahun ini merupakan tahun pertama perlaksaan sistem kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

    Daripada keputusan keseluruhan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan sejumlah 1.11 peratus mendapat pencapaian cemerlang daripada 452,751 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu September lalu. Seramai 8,345 calon atau 1.89 peratus memperoleh keputusan maksimum 1B, 35,752 calon atau 8.11 peratus memperoleh minimum 2B, 91,366 calon atau 20.73 peratus (minimum 1C).

    Seramai 152,825 calon atau 34.67 peratus (minimum 1D), 137,262 calon atau 31.14 peratus (minimum 1E) manakala 9,519 calon atau 2.16 peratus mendapat semua E. Untuk Gred Purata Nasional pula ialah 2.96.

    Sebenarnya, ada kemungkinan para murid yang menduduki Perperikasaan UPSR tahun ini masih belum mengadaptasikan sistem baru perperiksaan ini. Ini memandangkan sistem baru ini baharu sahaja diperkenalkan kepada murid-murid tahun 6 dan ia memungkinkan berlaku sedikit kesukaran untuk mereka memahami format sebenar perperiksaan kali ini.

    Namun, disaat kita masih merenungkan format baru ini, usah dilupa, antara faktor utama menyumbang kepada penurunan ini adalah permansuhan sistem Pembelajaran Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walaupun ada pihak yang menentang sistem ini, hakikat sebenarnya, sepanjang perlaksanaan PPSMI, peratusan kelulusan A penuh mencatatkan peningkatan mendadak.

    Malah, kebanyakan murid yang pernah berada dalam sistem ini mengakui keberkesanan pengajaran dua subjek ini banyak membantu mereka menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Namun sayangnya, hanya kerana desakan yang tidak masuk akal, Menteri Pelajaran pada waktu itu, Tan Sri Muhyiddin Yasin memilih untuk memansuhkan sistem ini.

    Sehingga kini, Kementerian Pendidikan masih tercari-cari sistem yang diyakini mampu memberi kesan kepada pengajaran anak-anak kecil ini untuk menjadikan kualiti yang dihasilkan oleh murid-murid ini bertambah.

    Secara keseluruhannya, usahlah kita terlalu panik atau berduka dengan keputusan yang diraih oleh anak-anak kita dalam UPSR kali ini. Ini bukan penamat bagi pembelajaran mereka. UPSR ini hanyalah penilaian tahap pemahaman mereka sewaktu mereka berada diperingkat sekolah rendah.

    Masih banyak lagi ruang untuk diperbaiki sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke alam sekolah menengah. Kerana disinilah perjalanan sebenar mereka bermula untuk membentuk masa hadapan mereka. Apa yang berlaku pada UPSR, masih boleh kita ubah sewaktu mereka dialam persekolahan menengah.

    Tahniah kepada yang berjaya memperolehi keputusan yang diidamkan. Kepada yang tidak mencapai keputusan yang diharapkan, perjalanan masih jauh dan usaha harus ditingkatkan. UPSR bukan penamat segala-galanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Banyak Sebab Punca Penurunan Prestasi UPSR Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top