My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 4 November 2016

    Bayangan Ngeri Hillary


    Hillary Clinton membayangkan kehidupan suram di bawah pemerintahan Donald Trump jika taikun itu dipilih menjadi presiden sebagai amaran kepada pengundi yang masih belum membuat keputusan mengenai calon pilihan mereka, lima hari menjelang tamatnya pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS). 

    “Bayangkan sekarang 20 Januari 2017 dan Trump yang berdiri di depan Rumah Putih untuk mengangkat sumpah. Kemudian bayangkan pula dia membuat pelbagai keputusan yang mampu menentukan kehidupan dan masa depan kamu semua,” katanya dalam ucapan di Tempe, Arizona. 

    Kata-katanya itu disambut herdikan kira-kira 15,000 orang yang jelas tidak menyokong ahli perniagaan yang juga calon presiden Parti Republikan itu. Hillary berkata, Trump langsung tidak sesuai menjadi presiden disebabkan sikapnya yang suka menghina wanita dan memburukkan perbalahan kaum.

    “Dia begitu sukar dijangka malah mampu mencetuskan perang dengan kata-katanya - bukan sekadar ‘perang’ di Twitter,” kata Hillary.

    Pendiriannya disokong Presiden Barack Obama di Carolina Utara - antara negeri atas pagar - yang turut memberi amaran bahawa rakyat mempertaruhkan masa depan mereka jika memilih Trump. 
    “Nasib dan masa depan republik ini terletak dalam tangan anda. Malah, masa depan dunia juga akan ditentukan dalam pilihan raya ini,” katanya.

    Sementara itu, Trump, 70, yang berucap di Florida terus mengeluarkan retorik biasa meramalkan kekalahan Hillary selain berjanji menamatkan korupsi di Washington. “Semakin ramai yang melihat kebenaran kata-kata saya. Dan kini kita cuma berdepan satu lawan - Hillary yang penyangak. “Kita akan menang. Kita akan menang,” katanya.

    Trump berdepan pelbagai kritikan termasuk dakwaan serangan seksual, kegagalan membayar cukai dan pertaliannya dengan Presiden Russia, Vladimir Putin serta mafia.

    Namun Hillary juga berdepan cabaran tersendiri apabila Biro Siasatan Persekutuan (FBI) masih menyiasat penggunaan pelayan e-mel peribadinya ketika bertugas sebagai setiausaha negara yang mencetuskan persoalan terhadap kewibawaan dan kebolehpercayaannya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bayangan Ngeri Hillary Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top