My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 6 November 2016

    Datuk Bandar Filipina Terlibat Dadah Dibunuh



    Seorang Datuk Bandar yang didakwa Presiden Filipina, Rodrigo Duterte terlibat dalam pengedaran dadah mati ditembak di dalam sebuah penjara di sini semalam, kata polis. Datuk Bandar Albuerta yang terletak di tengah Pulau Leyte, Rolando Espinosa adalah pegawai rasmi tempatan kedua yang dibunuh kerana pembabitannya dalam aktiviti dadah. 

    Duterte, 71, yang menang dalam pilihan raya pada Mei lalu telah berjanji akan membunuh berpuluh-puluh ribu penjenayah untuk menghalang Filipina daripada menjadi sebuah negara dadah. Beliau kemudian melancarkan perang ke atas dadah secara besar-besaran menyebabkan lebih 4,000 orang terkorban.

    Duterte telah menyenaraikan beberapa nama pegawai kerajaan tempatan, anggota polis termasuk hakim yang terlibat dalam pengedaran dadah menyebabkan beliau menggesa mereka supaya menyerah diri.

    Espinosa kemudian menyerahkan diri kepada polis kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya menyebabkan dia ditahan di penjara. Sementara itu, polis berkata, Espinosa telah bertindak menembak anggota polis yang sedang menggeledah penjara bagi mencari senjata api yang dipercayai diseludup ke dalam sel.

    “Beliau melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang sedang menggeledah. Mereka kemudian membalas tembakan dan menyebabkan kematian datuk bandar itu,” kata Ketua Inspektor Wilayah, Leo Laraga. Polis bagaimanapun masih menyiasat bagaimana datuk bandar berkenaan mempe­roleh senjata api berkenaan ketika berada di dalam penjara.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Datuk Bandar Filipina Terlibat Dadah Dibunuh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top