My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 16 November 2016

    Datuk Direman Kes Rasuah RM 40 Juta


    Seorang pengarah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bergelar Datuk adalah antara tiga direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam bagi membantu siasatan kes salah laku dan rasuah membabitkan nilai RM39.3 juta. 

    Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman. Pengarah berusia 50 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 5 petang kelmarin sebelum dibawa ke ibu pejabat SPRM di sini. Dalam pada itu, dua lagi suspek masing-masing adik kepada

    Datuk berkenaan berusia 35 tahun dan seorang pengarah urusan GLC yang sama berusia 61 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan. Sebelum itu, ketiga-tiga suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini jam 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan SPRM dan bergari.

    Pengarah GLC bergelar Datuk itu dikatakan menganugerahkan projek bernilai RM50 juta kepada syarikat berkepentingan dan mengambil wang suapan sebagai balasan terutama ketika memegang jawatan itu selama lima tahun bermula tahun 2010.

    Sumber berkata, suspek terbabit dipercayai menjalankan aktiviti rasuah itu ketika menjawat jawatan ketua pegawai eksekutif di sebuah anak syarikat GLC itu. Bagaimanapun, suspek berhenti kerja daripada syarikat itu tahun lalu sebelum menjawat jawatan sebagai pengarah di sebuah lagi anak syarikat GLC yang sama.

    Sementara itu, Mahkamah Majistret sama menyambung reman enam hari terhadap seorang pengurus besar sebuah GLC berusia 56 tahun bagi membantu siasatan berkaitan salah laku dan rasuah. Manakala, dua kontraktor dibebaskan mahkamah dengan wang jaminan setiap seorang RM10,000 beserta seorang penjamin.

    Ketiga-tiga suspek ditahan SPRM pada 9 November lalu bagi siasatan salah laku dan rasuah bernilai RM10 juta. SPRM merampas wang tunai RM30,000 dan tiga kenderaan iaitu dua kereta Audi TT, Toyota Hilux dan satu motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson milik pengurus besar berkenaan. 

    Suspek sama dikatakan memiliki sembilan rumah dipercayai dibeli secara tunai di Putrajaya, Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Negeri Sembilan bernilai RM8 juta.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Datuk Direman Kes Rasuah RM 40 Juta Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top