Seorang datuk terpaksa bergadai nyawa untuk menyelamatkan dua cucu perempuannya selepas rumah kayu yang mereka diami terbakar dalam kejadian di Kampung Baru, Batu 18 di sini malam kelmarin.
Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa dikatakan gagal keluar daripada rumah berkenaan sebelum mayat mereka ditemui oleh sepasukan anggota bomba.
Mangsa yang meninggal dunia, Osman Lawidu, 60 dan dua cucu perempuannya iaitu Nurul Natasya, 11 dan Nurul Musdalifah. Difahamkan, kejadian pada pukul 9.25 malam itu berlaku ketika mangsa bersama dua cucu tinggal bertiga di rumah tersebut manakala ahli keluar lain sedang berada di hospital.
0 comments:
Post a Comment