My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 11 November 2016

    Doakan Yang Baik Saja


    "Semuanya sudah okay. Saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana perlu menghormati perasaan keluarga kedua pihak," kata pelakon Diana Danielle, 25 apabila diminta mengulas status terkini rumah tangganya dengan pelakon Farid Kamil, 36, yang didakwa bergolak dan heboh diperkatakan ramai baru-baru ini. 

    Dalam laporan sebuah akhbar Ahad lalu, pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu mengakui rumah tangganya yang baru mencecah usia empat tahun dilanda badai hingga hampir bercerai. 

    Terdahulu, pelakon filem Hanyut itu dilaporkan mengunjungi mahkamah syariah dengan ditemani peguamnya. Kunjungan Diana ke mahkamah syariah itu mencetuskan spekulasi ramai bahawa rumah tangganya dan Farid kini retak menanti belah.

    Diana tidak menafikan perkahwinannya bermasalah namun dia dan Farid berusaha untuk menyelamatkan hubungan mereka. Menurut pelakon itu, masalah komunikasi antaranya dan Farid menyebabkan masalah berlarutan hingga dirinya bertindak tanpa berfikir panjang.

    Hasil perkongsian hidup dengan Farid, pelakon itu memiliki dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora. Usaha media untuk mendapatkan komen dari Farid berhubung isu rumah tangganya itu menerusi telefon dan aplikasi Whatssap juga gagal. Sementara itu, rata-rata netizen mendoakan rumah tangga pasangan itu kembali pulih.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Doakan Yang Baik Saja Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top