PROTON Holdings Berhad (PROTON) memperkenalkan Iriz edisi terhad di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa MINES (MIECC) sempena pameran kereta Malaysia Autoshow 2016 yang berlangsung dari 10 hingga 13 November 2016.
Iriz edisi terhad dari Siri PROTON Design itu didatangkan dalam dua varian iaitu Iriz 1.3 CVT Standard dan Iriz 1.3 CVT Executive yang ditawarkan pada harga RM44,450 hingga RM49,130 seunit.
Iriz edisi terhad itu ditawarkan dengan rekaan hiasan menarik seperti 'Honeycomb' dan 'The Stripe'. Bagi rekaan Honeycomb, ia boleh didapati dengan pilihan warna kelabu dan putih, manakala The Stripe pula dengan warna merah dan biru.
0 comments:
Post a Comment